welcome to my page

Get Gifs at CodemySpace.com

Rabu, 14 Disember 2011

Nursery_bapaku plg.mpg

Rasa Sayang Sayange (Children Song)

Rancangan Pelajaran Harian Bahasa Malaysia Tahun Dua

TEMA
KEBUDAYAAN
TAJUK
Kuih Oh Kuih!

FOKUS UTAMA
Standard
Kandungan
2.6
Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca.
Standard
Pembelajaran
2.6.1
Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran bacaan.
FOKUS SAMPINGAN
Standard
Kandungan
1.4
Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.
Standard
Pembelajaran
1.4.4
Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.




OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid dapat :
i.  Membaca bahan untuk menambah kosa kata dan meningkatkan    
    kelancaran bahasa.
ii. Menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul dan secara bertatasusila
    tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal.



PENGISIAN
KURIKULUM
i.   Ilmu :   Kajian tempatan    
ii.  Nilai :  Rajin, Keyakinan diri, kerjasama
iii. KBT :  Kecerdasan Pelbagai, kontekstual
     EMK:  Kreativiti dan inovasi

SISTEM BAHASA
Tatabahasa :  Kata nama, kerja
Kosa Kata   : koci, lempeng, keria, baulu, tepung pelita, kuih lapis, apam

MEDIA
Kad perkataan, kad gambar
AKTIVITI
PENGISIAN KURIKULUM
CATATAN

Langkah 1
1. Guru mempamerkan sejenis daun yang biasa dilihat  
    oleh murid.
2. Murid diberi peluang untuk memerhati, memegang
    dan menghidu bau daun tersebut.
3. Guru bersoal jawab tentang daun tersebut dan
    kaitannya dengan kuih tradisional.
    Contoh soalan:
     Apakah nama daun ini? (daun pandan)
     Apakah guna daun ini dalam membuat kuih koci?
        (mewangi dan menghijaukan kuih)
     Bagaimana cara menggunakan daun ini?
     (ditumbuk dan diambil airnya dan dibancuh  
        dengan tepung)

Ilmu:Sains
Nilai: menghargai
EMK: Kreativiti dan inovasi (Fasa Persediaan)

Media- Bahan
             maujud
        Daun pandan

Langkah 2
1. Guru memperdengarkan lagu ’Kuih Tradisional’.
2. Guru meminta murid menyebutkan nama-nama kuih
    yang disebutkan dalam seni kata lagu tersebut sambil
    mempamerkan kad gambar kuih tersebut.
3. Guru mencatatkan nama-nama yang telah disebutkan
    oleh murid dan membimbing murid menyatakan cara
    kuih dimasak sama ada goreng, rebus, bakar atau
    kukus.

Ilmu- Pend.Muzik
Nilai- rajin
EMK: Kreativiti dan inovasi ( Fasa Imaginasi )

Lampiran 1
Seni kata lagu dan kad gambar kuih


Lampiran 2
Latihan cara kuih dimasak


Langkah 3
1. Guru membimbing murid membaca seni kata lagu
    yang dipaparkan.
2. Murid membaca senikata lagu secara individu dan
    kumpulan dengan sebutan yang betul.

Ilmu : Pend. Muzik
Nilai : Kerjasama
EMK:  Kreativiti dan inovasi (Fasa Perkembangan)

Lampiran 3
Latihan nama kuih.






AKTIVITI
PENGISIAN KURIKULUM
CATATAN

3. Murid dibimbing menyanyikan lagu ‘Kuih
    Tradisional’ berpandukan seni kata lagu yang
    dipaparkan.
4. Murid diminta membaca secara bergilir-gilir nama-
    nama kuih yang telah dicatat dengan sebutan yang
    betul dan mengkategorikannya dalam kumpulan kuih
    manis atau pedas.




Langkah 4
1. Murid membaca semula nama-nama kuih dalam seni
    kata lagu yang dipaparkan oleh guru.
2. Murid dalam kumpulan kecil berbincang dan  
    memikirkan cara mengubah suai rasa atau bentuk
    kuih mengikut kreativiti mereka.
3. Murid membentangkan hasil kerja kumpulan mereka.

Ilmu : Kajian Tempatan
Nilai : Keyakinan diri
EMK: Kreativiti dan inovasi ( Fasa Tindakan )



Pentaksiran
1. Murid membaca dialog yang disediakan dengan
    sebutan dan intonasi yang betul.
2. Murid menjawab beberapa soalan pemahaman 
    berdasarkan dialog yang telah dibaca.

Ilmu : Kajian Tempatan
Nilai : Keyakinan diri
KBT : BCB

Lampiran 4


Pemulihan
1. Guru membimbing murid membaca nama-nama kuih.

Ilmu : Kajian Tempatan
Nilai : Rajin
KBT : BCB

Lampiran 5
Kad perkataan, gambar

Pengayaan
1. Murid membaca frasa-frasa yang terdapat dalam
    lembaran kerja yang diberi.
2. Murid mengkategorikan cara-cara jenis kuih dimasak

Ilmu : Kajian Tempatan
Nilai : berdikari
KBT : BCB

Lampiran 6
Pengayaan
Lampiran 1
Baca seni kata lagu ini dan Nyanyikan mengikut melodi.


Kuih Oh Kuih”
Ibuku rajin buat kuih
Bermacam-macam jenis kuih
Bahulu, karipap, buah melaka
Bolehku makan sekeluarga.
Kuih, kuih, kuih, kuih, kuih, kuih 2X
Keria, lempeng, koci, lepat
Marilah kawan, mari dekat
Rasalah kuih yang beraneka
Pasti kawan semua akan suka.

(Melodi : Papaku Pulang Dari Kota.)




Lampiran 2
Tuliskan bagaimana cara kuih ini dimasak.
Kuih karipap
Kuih koci
      
Kuih keria
Kuih lepat
Lampiran 3
Kuih apakah ini? Sedapnya!
                                                 

                                                                                                                                                                                                                                       
                                                                                                                                                                                                                                                                       



Lampiran 4
Pentaksiran
Baca dan fahami dialog di bawah. Beri maksud perkataan yang         
                  diwarnakan.
Arif : Apa khabar Dini? Bagaimana keadaan awak sekarang?
Dini : Keadaan saya bertambah baik. Terima kasih kerana sudi menelefon saya.
Arif : Saya akan mengunjungi rumah awak pada petang nanti. Ada apa-apa kuih yang awak nak makan?
Dini : Oh, betulkah? Terima kasih, Arif. Saya sebenarnya teringin hendak makan kuih keria. Boleh awak tolong belikan kuih keria?
Arif : Boleh. Apa salahnya. Saya akan belikan kuih keria yang bersira itu.
Dini : Terima kasih.
Arif : Sama-sama. Selain kuih karipap kuih apa yang awak suka?
Dini : Saya suka kuih lepat pisang dan ondeh-ondeh yang bersalut kelapa.
Arif : Ondeh-ondeh, kuih apa itu?
Dini : Oh, ondeh-ondeh itu kuih melaka!
Arif : Oh, kuih melaka! Baiklah kita jumpa nanti.

Perkataan
Maksudnya
sudi

mengunjungi

teringin

bersira

bersalut


                                                  
Lampiran 5
Pemulihan
Baca nama nama kuih di bawah.
Left Arrow Callout: Kuih pau  


Left Arrow Callout:  
Kuih tepung pelita
 


Left Arrow Callout: Kuih lapis
 


Left Arrow Callout: Kuih koci
 
*Aktiviti ini untuk murid yang tidak mencapai standard pembelajaran sahaja.
Lampiran 6
Pengayaan
Senaraikan nama kuih mengikut cara kuih itu dimasak.

       cucur badak                                        koci                                    lepat                   
       karipap                                          lapis                            keria                           apam                       
             vade                              seri muka                                  cucur udang


Kuih yang dikukus
Kuih yang digoreng










                                                                               

*Aktiviti ini untuk murid yang telah mencapai standard pembelajaran sahaja